Promotions

Rendang Kasih Maisara | Rindu Awak Separuh Nyawa

Friday, June 11, 2021
MALAY SPICES ENTERPRISE
Rendang Kasih Maisara

 

@pazarme

Rendang Kasih Maisara untuk Nas ##rinduawakseparuhnyawa ##rasna ##rindu ##rendang ##rendangdaging ##rendangayam ##foodtiktok ##food ##pazarme @dapurspices

♬ original sound - Pazarme

Rendang Kasih Maisara

(#rinduawakseparuhnyawa) Setiap kali sara masak rendang ini dia mengharapkan suaminya boleh merasakannya.

Apakah dengan masakkan rendang Kasih Maisara dapat memikat hati suami nya Nazril Nazim kembali kepangkuannya semula?

Bahan Utama

  1. Daging 1 kilo dipotong  @ Ayam 1 ekor dipotong 16.
  2. Santan kotak 2 unit (kotak kecil).
  3. Cili giling satu senduk atau cili api 10 butir ditumbuk halus.
  4. Daun kunyit 1 helai dihiris halus.
  5. Daun limau purut 3 helai disiat.
  6. Serai 3 batang diketuk atau hiris halus.
  7. Minyak masak 1 senduk besar.
  8. Kerisik 2 sudu ( jika suka).
  9. Rempah Premix Rendang Dapur Spices.

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Masukkan cili giling dan serai.
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging @ ayam.
  5. Setelah itu masukkan satu peket serbuk Rempah Premix Rendang Dapur Spices.
  6. Biarkan daging @ ayam masak dan air daging keluar dengan sendiri. 
  7. Jika kering masukkan 1 - 2 senduk air.
  8. Bila air mula mengering masukkan santan. Kacau hingga sebati.
  9. Bila kuah mendidih masukkan daun kunyit serta daun limau purut.
  10. Boleh tambah kerisek (jika suka).
  11. Sesuaikan rasa. 
  12. Jika kurang garam boleh tambah sedikit, kerana Rempah Premix Rendang Dapur Spices telah mengandungi semua bahan.

Rindu Awak Separuh Nyawa

Sinopsis

Kasih Maisara (Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka?

 

Pinterest

Comments

No posts found

Write a review
Promotions

List of selected products that have subsidies of the month. By spending from RM30 you can enjoy a 10% discount. By entering voucher code FIRST

Promotion details
To end of promotions remains: