You seem to be offline
Halal Marketplace - For Everyone!
Kurma Medjoul Kurma Medjoul adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis.Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel. Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering. Kurma ini dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya. Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.
In Thai, it is known as “Kaeng Khiao Wan” (In literal translation: Sweet green curry) and believed that the name actually refers to the colour of the curry and not merely the taste. Indeed, in Thai, sweet green would refer to the “creamy green” or “pale green” colour obtained by adding coconut milk to the green curry paste whose green colour primarily comes from green chillies, and Kaffir lime leaves. This hassle–free product is worth investing and not only saves you time searching for the ingredients, but also the amount of time needed to prep the ingredients for the broth. The menu is not limited, be creative about it!
Kurma Khadija Kurma Khadija atau Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma.Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’.Ia berasal dari Algeria. Ia juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran. Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, dan ciri-ciri ini yang membezakan ia daripada kurma lain. Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. Ia juga menjadi antara buah kurma paling diminati di Malaysia.
Kurma Ajwa AA Jenis kurma Ajwa adalah salah satu yang ditanam di Madinah Munawara di Arab Saudi. Ia adalah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang segar. Kurma ini cenderung bersaiz kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut. Manakala, biji kurma Ajwa berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan mempunyai tekstur kasar. Yang membezakan Ajwa A+, AA & AAA adalah dari segi harga dan saiz.
Kurma Mariami Kurma panjang warna hitam-coklat, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam sering dianggap paling sedap berbanding dengan kurma separuh kering lain.Ia mempunyai saiz 3-5cm (lebih besar daripada jenis kurma lain), dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain. Mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad.
Kurma Sukkari Kurma Sukari (si Ratu Kurma), sering disebut kurma ratu atau kurma raja. Ini kerana kurma sukari punya ukuran yang besar. Ukurannya kecil namun bulat seperti sfera. sWarna isinya cokelat muda mirip karamel dan rasa lembut seperti isi durian. Kurma ini sering kali di nikmati dengan kopi Arab.
No data found
RM – RM